Kemurungan (Depression)—Lebih Rumit Daripada Sekadar Sedih

Kemurungan sering disalah anggap sebagai sekadar rasa sedih, padahal ia sebenarnya lebih rumit dari itu. Ia selalu digambarkan seperti rasa kosong, hilang tenaga, dan kehilangan minat pada benda yang dulu menggembirakan.

Ia bukan keadaan yang boleh "dibaiki" dengan nasihat ringkas macam "buatlah benda-benda yang menggembirakan kau" kerana bila kemurungan datang, perkara yang dulunya rasa seronok dan happy pun jadi hambar. 

{tocify} $title={Isi Kandungan}

bagaimana rasa kemurungan depression

Bagaimana orang gambarkan perasaan ini

Dunia tiba tiba jadi kelabu. Warna hilang, bunyi biasa jadi membosankan, makanan pun tiada rasa. Ada juga yang kata ia macam bawa beg pasir dalam badan, setiap langkah rasa berat. Malah tugas harian paling kecil pun terasa mustahil nak diselesaikan.

Gambaran lain ialah "terperangkap". Bukan sekadar malas atau kurang disiplin, tapi badan dan minda terasa terkunci, walaupun hati hendak bergerak. Rasa ini membuat ramai jadi marah pada diri sendiri kerana nampak seperti tidak berguna.

Baca: Gambaran Perasaan Kemurungan, Apa Yang Dirasai Orang Depresi

Kenapa terjadi kemurungan

Biasanya banyak punca. Ada faktor genetik, ada juga tekanan hidup berpanjangan, kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, atau trauma masa kecil.

Teori lama yang kata kemurungan berpunca dari kekurangan serotonin sudah tidak tepat sepenuhnya. Kajian sekarang tunjuk ia berlaku kerana gabungan biologi, pengalaman hidup, dan cara otak hadapi tekanan.

Rawatan yang biasanya disarankan

Untuk kemurungan ringan, terapi bercakap seperti CBT (Cognitive Behavioural Therapy) sering jadi pilihan pertama. Ia membantu ubah cara berfikir yang negatif dan diganti dengan corak berfikir lebih sihat.

Bagi kes sederhana ke teruk, doktor mungkin sarankan gabungan terapi dan ubat antidepresan. Ubat boleh bantu clear-kan fikiran yang berat dan kusut, jadi lebih senang untuk fokus atau ikut terapi.

Tapi perlu diingat, ubat ini ada kesan sampingan dan tidak boleh dihentikan mendadak jadi doktor biasanya akan turunkan dos secara berperingkat.

Cara untuk bantu diri sendiri

Ramai orang yang pernah lalui kemurungan setuju bahawa langkah kecil sangat membantu. Jika lipat baju terasa berat, mula dengan hanya satu baju. Kalau sukar keluar rumah, cuba buka pintu dan duduk di luar sekejap. Walaupun kecil, perkara macam ini boleh bantu beri semula kawalan terhadap hidup sendiri.

Selain itu, bercakap dengan seseorang yang dipercayai juga boleh bantu ringankan beban. Walaupun tidak semua orang faham, sekurang kurangnya ada orang mendengar sudah cukup untuk rasa tidak bersendirian.

Ingat tentang keselamatan diri

Dalam perbincangan tentang kemurungan, isu bunuh diri selalu muncul. Perlu tahu, bila ada fikiran nak cederakan diri, itu tanda serius untuk dapatkan bantuan segera. Hubungi talian krisis atau jumpa profesional kesihatan.

Kemurungan boleh dirawat, lebih awal bantuan dicari, semakin besar peluang untuk pulih.

surah al-Baqarah ayat 153 untuk kemurungan depression

Al-Baqarah ayat 153:

Wahai orang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dalam segala urusanmu dengan bersabar dan mendirikan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar.


Sumber: Reddit

Baca juga:

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama