Apa Sebenarnya "Muscle Memory"

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Orang selalu panggil ia 'muscle memory' (ingatan otot) tapi sebenarnya ingatan itu terletak di otak bukan di otot.

Otot kita tak simpan apa-apa ingatan atau arahan, ia cuma bergerak bila otak menghantar signal kepadanya.

Otak perlahan-lahan belajar sesuatu gerakan

Bila sesuatu pergerakan diulang-ulang banyak kali, otak biasanya menjadi semakin baik dalam menghantar signal atau isyarat tersebut. Signal itu mungkin sampai pada otot lebih cepat dan gerakan jadi semakin lancar dan bagus.

Otak belajar ini sikit-sikit, bukanlah dengan tiba-tiba.

$ads={1}

Gerakan yang 'miss' (kurang/tidak betul)

Otak lihat dan belajar bila kita buat sesuatu. Contohnya balingan bola keranjang. Mungkin balingan tersebut terlalu kuat, terlalu pendek, dan sebagainya.

Walaupun bila sesuatu gerakan itu kurang betul, otak kita tetap dapat informasi yang ia boleh gunakan.

Jadi bila gerakan otot itu 'berjaya', seperti memasukkan bola ke dalam jaring, otak anggap kejayaan itu sebagai contoh atau rujukan untuk gerakan ulang yang seterusnya.

Bahagian otak yang kawal pergerakan

Ingatan gerakan umumnya melibatkan sistem saraf seperti motor cortex dan cerebellum kerana kedua-duanya bantu kawal pergerakan kita.

Bahagian-bahagian otak ini memulakan gerakan dan periksa keseimbangan dan timing akan lama-kelamaan adjust (sesuaikan diri) dan kesannya, pergerakan selalunya jadi semakin mudah dan natural.

Beri perhatian lebih membantu berbanding mengulang

Berulang-ulang membuat sesuatu gerakan untuk membina 'muscle memory' tanpa berfikir mungkin tak banyak membantu. Jika anda perasan sesuatu rasa betul atau salah, otak biasanya belajar lebih cepat.

Pembetulan kecil daripada satu gerakan ke satu gerakan seterusnya boleh membina pattern yang lebih baik perlahan-lahan.

Bekerja pada 1 bahagian dalam 1 masa boleh jadi lebih mudah

Sesetengah orang improve dengan lebih cepat dengan memperbaiki satu bahagian kecil dulu. Mungkin kedudukan tangan, mungkin timing, atau mungkin kelajuannya.

Bila setiap bahagian bertambah baik, keseluruhan gerakan selalunya ikut bertambah bagus.

Tapi tabiat salah juga boleh membentuk

Kalau kita mengulang-ulang sesuatu kesilapan tanpa sedar, otak anggap ia sebagai 'cara normal'. Tabiat ini boleh diperbetul tapi biasanya memerlukan usaha yang lebih berbanding membetulkannya di peringkat awal.

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama