Kenapa Video 480p 15–20 Tahun Dulu Macam Lebih Cantik Berbanding Kini

kualiti video 480p tak secantik dulu
Foto oleh Atlantic Ambience (via Pexels)

Kalau anda hidup dalam era semasa kebanyakan video masih bersaiz 480p, anda mungkin juga salah seorang yang rasa video 480p hari ini kelihatan macam lebih 'buruk' berbanding belasan tahun lalu. Pelik, sebab resolusi video tetap sama.

Perubahan ini bukan disebabkan 480p itu sendiri yang semakin teruk tapi cara kita tonton dan strim video tersebut yang berubah.

Berdasarkan perbincangan Reddit ini, ada beberapa penjelasan yang disebut.

$ads={1}

Salah satu sebab besarnya ialah saiz skrin.

Belasan tahun dulu, video 480p biasanya ditonton daripada skrin kecil termasuklah TV. Skrin ini selalunya dalam saiz 13 ke 32 inch. Apabila imej memenuhi keseluruhan skrin itu, agak sukar nak nampak kekurangan detailnya.

Hari ini, video 480p yang sama di-stretched untuk penuhkan skrin yang jauh lebih besar. Kebanyakannya dalam 24–27 inch untuk monitor dan 50 inch dan ke atas untuk TV, dan skrin ini ada lebih banyak pixel (1080p–4K) berbanding video. Ini menyebabkan imej kelihatan lembut, kabur dan berpetak (blocky).

Sebab utama lain ialah bitrate.

Resolusi hanya beritahu kita berapa banyak pixel yang terdapat dalam imej. Bitrate pula beritahu kita berapa banyak data yang digunakan setiap saat untuk video tersebut.

Bitrate tinggi biasanya memberikan kualiti imej yang lebih baik. Dulu, DVD dan siaran TV biasanya guna bitrate yang lebih tinggi berbanding strim moden kini pada resolusi yang sama.

Sebuah video DVD 480p mungkin mempunyai lebih banyak detail visual berbanding strim 480p hari ini. Perbezaannya boleh jadi sangat kelihatan.

Platform penstriman moden juga memampatkan video dengan lebih agresif.

Ini dibuat untuk jimat bandwidth dan kurangkan kos. Resolusi rendah biasanya diberikan bitrate rendah. Hasilnya, detail kecil dan halus dalam video jadi tak nampak, gerakan jadi tak jelas, dan artifak mampatan kelihatan.

Gerakan pantas, adegan gelap, dan rakaman grainy yang cenderung terkesan dengan pemampatan ini. Tidaklah ini selalu berlaku tetapi sudah menjadi perkara biasa.

Satu lagi sebab ialah penskalaan video (video scaling).

Kontent lama yang dimainkan daripada sekeping disc, mungkin diskala oleh TV atau pemain dengan baik, berbanding video yang dimainkan daripada browser atau app yang mungkin hanya guna penskalaan ringkas.

Persepsi.

Dulu, orang belum biasa dengan video dengan resolusi tinggi seperti 1080p, 1440p atau 4K.

Hari ini, apabila sudah terbiasa dengan imej yang sangat jelas, kekurangan 480p jadi lebih mudah dirasai. Ini tidak bermaksud 480p pada masa itu sebenarnya berkualiti tinggi.


Ringkasnya, 480p tak berubah tapi persekitarannya yang tak lagi sama. Saiz skrin yang lebih besar, bitrate lebih rendah, dan pemampatan lebih agresif menjadikan video 480p moden nampak lebih buruk dibandingkan dengan apa yang orang pernah ingat dulu.

Dan orang kini juga sudah terbiasa dengan kualiti video yang sangat jelas jadi kekurangan 480p itu lebih dirasai.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

  1. Betul... kdg kalau tgok pada hp lama video nampak elok dan terang je.. tp bila pindahkan ke hp skrg nie Ya ampun nampak jelas sgat kualitinya...

    BalasPadam
  2. @Sii Nurul Betul video jadi macam pecah. Nak layan video lama-lama kena cari skrin lama juga heheh

    BalasPadam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama