Sakit kepala biasanya bukan kesakitan yang datang dari otak itu sendiri sebab otak tak ada reseptor kesakitan. Rasa sakit itu kebanyakannya datang dari struktur berdekatan seperti saluran darah, saraf, otot, dan lapisan nipis yang mengelilingi otak.
Isyarat sakit dihantar apabila sesuatu mengganggu atau beri tekanan pada kawasan ini dan kita merasa sakit kepala.
Ada banyak punca. Dalam kebanyakan kes, ia adalah tentang tekanan, kerengsaan (irritation), atau ketidakseimbangan.
$ads={1}
Satu sebab biasa ialah tekanan atau bengkak
Sinus yang sesak boleh menyebabkan lendir terkumpul, dan ini menambah tekanan di sekitar muka dan kepala.
Penyakit atau mabuk boleh mencetuskan keradangan, yang juga boleh menyebabkan tekanan pada tisu sensitif.
Perubahan cuaca juga boleh menjadi faktor. Ada sesetengah orang nampaknya lebih terjejas bila berlaku perubahan tekanan udara.
Punca lain ialah dehidrasi
Apabila badan kekurangan air yang mencukupi, tisu di sekitar otak mungkin berubah sedikit dan merengsakan lapisan yang sensitif pada kesakitan.
Apabila ini berlaku, biasanya meminum air yang cukup dapat membantu.
Ketegangan otot adalah satu lagi faktor yang kerap berlaku
Otot yang tegang di leher, bahu, rahang, atau kulit kepala boleh menyebabkan kesakitan yang berterusan dan menekan. Ini sering dikaitkan dengan stres, postur yang buruk, atau mengguna skrin dalam tempoh yang lama.
Ketegangan mata juga boleh menyumbang kepada sakit kepala kerana otot mata yang letih boleh menjejas kawasan sekitar muka dan kepala.
Migrain tak sama dengan sakit kepala biasa
Ia biasanya dikaitkan dengan perubahan dalam aktiviti saraf dan aliran darah. Antara beberapa simptom migrain ialah seperti sensitif yang kuat terhadap cahaya atau bunyi, loya, atau gangguan penglihatan. Migrain boleh dicetuskan oleh kekurangan tidur, perubahan hormon, makanan tertentu, atau perubahan cuaca.
Kepentingan tidur
Tidur memainkan peranan yang lebih besar daripada yang dijangka ramai orang. Tidur yang kurang atau tidak mencukupi boleh menyebabkan keradangan, ketegangan otot, perubahan dalam aliran darah, dan peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan.
Oleh sebab beberapa faktor bertindih, sekadar memakan ubat penahan sakit agak kurang berkesan pada sakit kepala yang berkaitan dengan tidur. Rehat biasanya lebih membantu.
Sakit kepala mungkin bertindih
Seseorang mungkin bermula dengan tekanan sinus, kemudian mengalami dehidrasi, kemudian mengalami ketegangan otot, dan akhirnya mencetuskan migrain. Ini boleh menyebabkan kesakitan terasa berterusan secara luar biasa.
Kebanyakan sakit kepala tak berbahaya. Namun, sakit kepala yang tiba-tiba dan teruk, atau yang datang dengan gejala seperti kekeliruan, kelemahan, atau kehilangan penglihatan, harus diperiksa oleh profesional perubatan.
Secara keseluruhannya, sakit kepala selalunya tentang bagaimana badan bertindak balas terhadap stres, tekanan, atau ketidakseimbangan. Kesannya boleh berbeza-beza dari orang ke orang, jadi apa yang berkesan untuk seseorang mungkin hanya sedikit membantu pada orang lain.
Sumber: Reddit
