Evolusi Cakera CD, DVD, & Blu-Ray

evolusi cd, dvd dan blu ray
Foto: Matias Mango (via Pexels)

Melihat dari luaran, saiz dan bentuk CD, DVD dan cakera Blu-ray sama saja. Apa yang sangat berbeza antara ketiga-tiganya ialah jumlah data yang boleh disimpannya. Perbezaan ini kebanyakannya datang daripada cara data dibaca.

Ketiga-tiga format menyimpan data sebagai tanda (marks) yang sangat kecil pada permukaan cakera. Tanda ini dibaca oleh laser di dalam pemain. Setiap format menggunakan jenis laser yang berbeza.

$ads={1}

Bagaimana cakera jenis baru boleh simpan lebih banyak data

Warna laser dan panjang gelombang (wavelength)

CD menggunakan cahaya inframerah, DVD menggunakan cahaya merah dan Blu-ray menggunakan cahaya biru-ungu. Warnanya penting kerana ia dikaitkan dengan panjang gelombang. Gelombang yang lebih pendek boleh memfokus pada kawasan yang lebih kecil.

Laser Blu-ray mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek daripada laser DVD dan laser DVD adalah lebih pendek daripada laser CD.

Oleh sebab ini, pemain Blu-ray boleh membaca tanda yang jauh lebih kecil. Apabila tanda lebih kecil, ia boleh diletakkan lebih dekat antara satu sama lain. Lebih banyak tanda dalam ruang yang sama bermakna lebih banyak data pada cakera.

Reka bentuk cakera dan lapisan data

Reka bentuk cakera juga berubah dari semasa ke semasa. DVD dan cakera Blu-ray boleh menggunakan multiple lapisan data yang disusun (stacked) di dalam cakera.

Laser boleh memfokus pada satu lapisan, kemudian pada lapisan yang lain. Ini sahaja boleh menggandakan kapasiti (2x atau 3x). Blu-ray juga meletakkan lapisan data lebih dekat ke permukaan, yang boleh membantu laser membaca butiran yang lebih kecil dengan lebih tepat.

Penambahbaikan pembuatan (manufacturing improvement)

Apabila teknologi bertambah baik, kilang juga menjadi lebih baik dalam membuat cakera dengan butiran yang lebih halus dan kurang ralat. Perkakasan pemain juga bertambah baik. Motor, sensor dan sistem kawalan menjadi lebih tepat, yang penting apabila membaca trek yang sangat kecil.

Had teknologi dan bahan

Ada gelombang yang lebih pendek, seperti ultraungu. Secara teorinya, itu boleh membenarkan lebih banyak data.

Tapi dalam realiti, ia menjadi sukar kerana sesetengah bahan mungkin degrade di bawah cahaya UV. Elektronik mungkin rosak disebabkan radiasi bertenaga tinggi daripada UV tersebut.

Membuat laser dan cakera yang murah dan tahan lama untuk kegunaan rumah juga mungkin sangat sukar.

Jadi, blu-ray mungkin sudah mencapai had praktikal untuk cakera optik consumer (walaupun ini tidak pasti sepenuhnya).


Pendek kata, CD, DVD dan cakera Blu-ray berbeza terutamanya dalam berapa halusnya laser mereka boleh membaca data.

Fokus laser yang lebih kecil, jarak data yang lebih ketat dan lapisan tambahan dalam cakera menjelaskan kenapa kapasiti menjadi besar.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama