Apakah HTTPS
Anda mungkin perasan banyak alamat laman web bermula dengan "https://" dan bukannya "http://". Kebanyakan kita melihatnya setiap hari tapi tak terlalu memikirkannya.
HTTPS ialah versi selamat bagi HTTP. HTTP ialah salah satu cara asas web browser (pelayar) berkomunikasi dengan laman web, seperti meminta halaman, menghantar maklumat, dan menerima data.
Huruf "S" bermaksud secure (selamat).
Ini bermakna sambungan antara browser anda dan laman web dilindungi. Maklumat yang dihantar melalui sambungan itu disulitkan, jadi orang lain dalam network yang sama tak sepatutnya dapat membacanya dengan mudah semasa data bergerak antara browser dan laman web.
$ads={1}
Itu penting apabila kita menaip:
- kata laluan
- butiran pembayaran
- mesej peribadi
- istilah carian
- borang dengan maklumat peribadi
HTTPS juga boleh membantu menghalang seseorang daripada mengubah maklumat yang sedang dihantar antara kita dan laman web. Secara ringkas, ia menambah perlindungan bukan sahaja daripada pengintipan, tetapi juga daripada gangguan atau perubahan data.
Satu lagi bahagian penting ialah identiti. HTTPS membantu browser menyemak sama ada laman web itu benar-benar laman yang sepatutnya, dan bukan tiruan palsu yang cuba menipu pengunjung.
Mengapa laman web menggunakannya
Contoh mudah ialah apabila menggunakan Wi-Fi awam di kafe, lapangan terbang, atau hotel. Pada network yang terbuka kepada orang ramai, keselamatan mungkin lebih lemah. HTTPS menambah lapisan yang lebih selamat apabila anda log masuk, melayari laman web, atau menghantar maklumat.
Bertahun-tahun dahulu, banyak laman web menggunakan HTTP biasa untuk halaman ringkas dan hanya menggunakan HTTPS pada bahagian log masuk atau pembayaran. Hari ini, kebanyakan laman web moden menggunakan HTTPS di seluruh laman kerana perlindungan kini diperlukan pada lebih banyak bahagian laman web.
Walau bagaimanapun, adalah masih penting untuk terus berhati-hati ketika berada dalam talian. HTTPS boleh melindungi sambungan, tapi ia tak bermakna setiap laman web secara automatik jadi jujur atau selamat. Laman web scam juga boleh menggunakan HTTPS.
Pendek kata, HTTPS ialah cara yang lebih selamat untuk laman web dan browser berkomunikasi. Itulah sebabnya HTTPS telah menjadi standard biasa di web moden masa kini.
Sumber: Perbincangan Reddit
