Algoritma Youtube Dulu dan Kini

algoritma youtube
Foto hiasan: greenwish _ (via Pexels)

Baru-baru ini saya terjumpa satu video di Instagram yang membincangkan bagaimana algoritma YouTube berubah. Saya letak video tersebut di bahagian bawah artikel ini.

Berdasarkan video itu, algoritma YouTube telah melalui beberapa fasa.

Era kata kunci dan tag

Menurut video, dari sekitar tahun 2005 hingga 2012, algoritma YouTube banyak bergantung pada kata kunci dan metadata seperti tag. Ketika itu, maklumat yang dimasukkan oleh pembuat konten membantu YouTube memahami kandungan video mereka.

Disebabkan itu, ada yang cuba mendapatkan lebih banyak tontonan dengan memasukkan kata kunci popular walaupun kurang berkaitan dengan video.

Era perhatian penonton

Kemudian sekitar tahun 2012, YouTube mula memberi perhatian kepada watch time atau tempoh tontonan.

YouTube juga mahu mengetahui sama ada penonton benar-benar menonton video itu atau meninggalkannya selepas beberapa saat, bukan sekadar klik.

Perubahan ini menjadikan perhatian penonton lebih penting berbanding sekadar penggunaan kata kunci.

$ads={1}

Era minat penonton

Selepas itu, algoritma dikatakan berkembang lagi dengan memberi lebih tumpuan kepada minat setiap individu.

YouTube mula memahami jenis kandungan yang sering ditonton oleh seseorang dan menggunakan maklumat tersebut untuk mencadangkan video yang mungkin menarik minat mereka.

Apa yang dikatakan berlaku sekarang

Menurut video, pada Januari 2026, dalam blog Youtube, CEO YouTube ada mengesahkan bahawa terdapat penglibatan AI.

Pembuat video tersebut berpendapat bahawa YouTube kini memasuki apa yang dia panggil sebagai "algoritma semantik".

Dia berpendapat bahawa AI kini mampu memahami makna sebenar sesuatu video dengan lebih mendalam. Bukan sekadar melihat tajuk, tag atau beberapa kata kunci tertentu.

Dia mengatakan AI kini boleh memahami apa yang ditunjukkan dalam video, apa yang diperkatakan, dan makna di sebalik kandungan itu.

Kumpulan minat yang lebih khusus/spesifik

Satu lagi perkara yang disebut dalam video ialah idea tentang "watch history clusters" atau kelompok sejarah tontonan.

Menurutnya, YouTube mungkin tidak lagi mengelompokkan penonton hanya kepada kategori yang luas seperti teknologi, perniagaan atau memasak.

Sebaliknya, kumpulan itu mungkin menjadi jauh lebih khusus berdasarkan corak tontonan seseorang.

$ads={2}

Peluang untuk saluran kecil

Channel kecil yang mempunyai fokus yang khusus mungkin boleh mencapai penonton yang tepat tanpa perlu menjadi viral.


Sama ada ini benar-benar bagaimana YouTube berfungsi kini, sukar nak dipastikan.

Di ruangan komen, pembuat video tersebut ada menulis bahawa ini mungkin berita buruk bagi pembuat konten yang merangkumi pelbagai topik, tetapi berita baik bagi channel yang fokus kepada topik atau audiens tertentu.

Video oleh Sean Cannell daripada Think Media.

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama