Cara Telefon Tahu Jam Yang Betul Selepas Dimatikan Lama

Foto hiasan: Fer ID (via Pexels)

Telefon yang sudah lama dipadam atau dimatikan berjam-jam, berhari-hari, atau berminggu-minggu tanpa sambungan internet, kemudian bila dihidupkan semula ia tahu waktu yang betul. Bagaimana telefon itu menjejak masa?

Real-time Clock

Di dalam telefon pintar ada komponen kecil yang dipanggil real-time clock (RTC). Fungsinya adalah untuk terus mengira masa walaupun telefon dimatikan.

Jam ini menggunakan kuasa yang sangat sedikit jadi ia boleh terus menyimpan masa tanpa menggunakan banyak tenaga bateri.

Selalunya masih terdapat sedikit kuasa yang tinggal untuk fungsi penting walaupun bateri telefon kelihatan kosong.

Seperti mana-mana jam, RTC juga bukan tepat sepenuhnya. Lama kelamaan, sebuah jam mungkin jadi sedikit pantas atau sedikit perlahan, begitu juga pada RTC.

Jadi telefon tidak bergantung pada jam dalaman sahaja, ia juga menyemak daripada sumber masa yang lain.

$ads={1}

Sumber masa lain

Apabila telefon bersambung ke rangkaian mudah alih, mobile data atau Wi-Fi, atau GPS, ia boleh membandingkan masanya dengan sumber tersebut dan membuat pembetulan jika perlu.

Ini membantu memastikan jam tepat tanpa pengguna perlu menetapkan masa secara manual.

Inilah juga bagaimana telefon boleh mengemaskini masa dengan automatik apabila beralih ke zon waktu negara lain yang berbeza.

Bateri telefon habis sepenuhnya

Biasanya, jam dalaman tidak dapat terus berfungsi jika bateri habis sepenuhnya atau terputus sambungan (removable battery) untuk tempoh yang cukup lama.

Setelah dicas dan dihidupkan semula, ia boleh mendapatkan masa yang betul daripada sumber masa lain seperti disebut sebelum ini.


Ringkasnya, telefon pintar mengira masa menggunakan jam dalaman kecil yang terus berjalan semasa telefon dimatikan. Apabila ia kemudiannya bersambung ke rangkaian, GPS atau internet, ia menyemak dan melaraskan masa ke waktu yang tepat.

$ads={2}

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama