Minyak masak yang dibuang ke dalam sinki meliputi minyak sayuran, lemak haiwan, dan sisa gris (grease) daripada makanan seperti goreng atau kuah.
Minyak masak ini menjadi lebih pekat apabila ia sejuk dalam paip; sesetengahnya menjadi pepejal, yang lain pula menjadi melekit dan berat.
Paip di bawah sinki dan di dalam tanah biasanya jauh lebih sejuk. Di kawasan ini, minyak boleh mula mengeras pada dinding paip.
$ads={1}
Proses ini tak berlaku sekaligus. Awalnya lapisan nipis melekat, kemudian pada masa lain, satu lagi lapisan nipis melekat. Masalahnya ialah pembuangan yang berulang dari semasa ke semasa. Jumlah kecil minyak boleh terkumpul sedikit demi sedikit.
Selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, bahagian dalam paip perlahan-lahan menyempit. Air masih boleh mengalir, jadi kita mungkin tidak perasan pada mulanya. Kemudian suatu hari, aliran air menjadi perlahan sehingga sinki 'banjir'.
Ramai orang fikir sabun boleh menyelesaikan masalah ini. Seperti yang kita tahu, minyak dan air tak bercampur. Jadi sabun bantu pecahkan minyak menjadi titisan kecil supaya ia boleh bercampur dengan air.
Tapi dalam paip sinki, air mengalir laju dan banyak, jadi sabun menjadi semakin kurang pekat dan titisan kecil minyak itu boleh bergabung semula. Dan bila itu berlaku, minyak boleh melekat lebih jauh di dalam paip.
Ada juga yang fikir masalah ini dapat diatasi dengan menuang air panas. Air panas cuma menolak minyak lebih jauh, tapi ia akan sejuk dan melekat lagi di tempat lain. Ia tak mengeluarkannya daripada sistem paip itu.
Dalam sistem pembetungan yang lebih besar, minyak dari banyak rumah boleh bergabung dan bercampur dengan tisu basah, kertas dan sisa lain. Lama-kelamaan, ini membentuk gumpalan pepejal besar (fatberg) yang menyumbat paip.
Kalau minyak sedikit, langkah yang selamat ialah membiarkan minyak sejuk, tuangkan ke dalam bekas tertutup, dan buang bersama sisa pepejal.
Kalau minyak dalam kuantiti yang banyak, guna semula atau jual kepada pengumpul minyak masak terpakai.
Sumber: Reddit
