Di dalam satu perbincangan online, timbul satu pertanyaan "Kalau kita angkat dan pindahkan barang 1 Kg 20 kali atau 20 Kg 1 kali, kenapa situasi yang kedua lebih memenatkan?".
Berdasarkan perbincangan tersebut, idea bahawa membawa 1 Kg sebanyak 20 kali adalah sama dengan membawa 20 kg sekali, hanya berfungsi di atas kertas bukan dalam realiti. Walaupun keduanya kelihatan serupa kerana jumlah "kerja" yang sama, yang melakukannya adalah manusia, bukan mesin.
Jumlah usaha dalam satu masa dan had tubuh badan
Perbincangan menerangkan bahawa tubuh manusia tidak bertindak balas terhadap jumlah kerja sahaja. Apa yang penting ialah berapa banyak usaha yang diperlukan dalam satu masa.
Membawa 20 kg sekaligus biasanya mendorong badan lebih dekat ke limitnya. Walaupun ia dilakukan hanya sekali, otot perlu menghasilkan lebih banyak daya dalam masa yang singkat.
Itu boleh terasa lebih sukar walaupun jaraknya pendek.
$ads={1}
Jenis otot yang diguna
Perbincangan tersebut juga menjelaskan, apabila mengangkat dan memindahkan beban ringan, otot selalunya mengguna serat (slow twitch fibers) yang direka untuk daya tahan. Serat ini pulih dengan cepat dan boleh terus bekerja untuk masa yang lama.
Beban yang lebih berat pula biasanya memaksa badan untuk mengguna serat berbeza (fast twitch fibers) yang lebih kuat tetapi lebih cepat letih. Serat-serat ini mungkin lebih bergantung pada sumber tenaga yang cepat habis dan menghasilkan sisa metabolik (metabolic waste; bahan buangan di dalam otot) yang berkaitan dengan keletihan.
Beban ringan menghasilkan sisa metabolik yang sedikit dan badan boleh recover dengan mudah. Beban berat menghasilkan sisa yang banyak dan cepat, menyebabkan keletihan lebih teruk.
Ini adalah salah satu sebab mengapa senaman angkat berat boleh terasa sangat cepat meletihkan.
Bekalan tenaga
Satu lagi perkara yang dibangkitkan ialah penghantaran tenaga. Apabila beban ringan, badan biasanya mempunyai masa yang cukup untuk membekalkan tenaga dan mengurangkan sisa metabolik semasa pergerakan berlaku.
Dengan beban yang berat, tenaga diperlukan lebih cepat daripada yang boleh digantikan. Badan mungkin dapat bertahan untuk masa yang singkat, tetapi ia tidak boleh melakukannya dengan selesa.
Ringkasnya, walaupun jumlah kerja kelihatan sama, tubuh manusia bertindak balas secara berbeza bergantung pada jumlah usaha yang berlaku pada masa itu. Angkat dan pindah beban berat yang dilakukan sekaligus biasanya lebih memenatkan.
