Buat Berulang Kali Untuk Kurangkan Takut

takut membuat perkara baru
  • Rasa takut boleh datang daripada menjangkakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
  • Pengalaman selamat yang berulang boleh memberi maklumat baru kepada otak.
  • Kita juga boleh belajar bahawa kita mampu menghadapi rasa tidak selesa tersebut.
  • Ini tidak bermaksud setiap pengalaman yang menyakitkan atau berbahaya akan menjadi lebih mudah melalui pengulangan.

Apabila sesuatu perkara itu baru dan tidak selesa, kita selalunya tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Ketidakpastian itu membuatkan pengalaman tersebut terasa lebih mengancam daripada keadaan sebenar.

Sebagai contoh, seseorang mungkin takut membuat panggilan telefon. Mereka risau bahawa mereka tak tahu apa yang nak dikatakan, melakukan kesilapan, atau mengalami perbualan yang kekok.

Kemudian mereka mula membuat panggilan telefon secara berkala.

Pada awalnya masih terasa tak selesa tetapi selepas membuat banyak panggilan biasa, mereka mendapat maklumat baru. Perkara yang mereka risau biasanya tak terjadi, atau mereka mendapati bahawa mereka mampu menghadapinya apabila ia berlaku.

Otak boleh belajar daripada pengalaman ini.

$ads={1}

Kita belajar apa yang sebenarnya berlaku selepas itu

Satu hal penting dalam ketakutan ialah jangkaan.

Kita mungkin berfikir:
"Kalau saya buat perkara ini, sesuatu yang teruk akan berlaku."

Tapi kemudian kita melakukannya dan mendapati bahawa perkara yang dijangka itu tak terjadi. Hasil yang berbeza ini memberi kita maklumat baru tentang perkara yang kita takutkan.

Perbezaan antara apa yang dijangka dengan apa yang sebenarnya berlaku menjadi penting dalam mengurangkan rasa takut. Berdasarkan kajian terapi pendedahan (exposure therapy) perkara ini diterangkan sebagai pembelajaran daripada jangkaan yang tidak berlaku (violated expectations).

"Semuanya akan baik-baik saja."
Sekadar memberitahu diri sendiri bahawa sesuatu itu selamat mungkin tak beri kesan yang sama seperti mengalaminya sendiri.

Kita juga belajar bahawa kita mampu menghadapinya

Tak semestinya ia "tak ada perkara buruk berlaku", tapi "sesuatu yang tak menyenangkan berlaku dan saya berjaya menghadapinya."

Bayangkan seseorang gagal dalam perniagaan. Pada kali pertama ia mungkin terasa sangat berat. Kemudian mereka gagal lagi tapi berjaya pulih daripadanya. Kini mereka ada bukti bahawa kegagalan itu menyakitkan tetapi masih boleh dihadapi.

Ataupun pekerja perkhidmatan pelanggan yang menguruskan panggilan telefon. Dulu ia sesuatu yang memberi tekanan tapi akhirnya menjadi biasa kerana mereka berjaya menghadapinya.

Pendedahan berulang kali boleh membantu membina keyakinan bahawa kita mampu menghadapi situasi tersebut dan mengurus reaksi kita terhadapnya.

$ads={2}

Jadi, perkara yang dipelajari oleh otak boleh menjadi:
"Ini tak seteruk yang saya jangkakan."

Atau:
"Walaupun ia tak menyenangkan, saya masih mampu menghadapinya."

Kedua-duanya boleh membuatkan pengalaman seterusnya kurang menakutkan.

Situasi bahaya dan pengalaman berulang

Idea ini berguna untuk pengalaman yang tidak selesa tetapi masih boleh diurus, dan pendedahan berulang boleh dilakukan dengan selamat, seperti bercakap di hadapan orang ramai, membuat panggilan telefon, menghadiri temuduga, atau situasi lain yang selamat.

Ia tak sepatutnya difahami sebagai melakukan perkara berbahaya berulang kali kerana pengulangan tidak akan menjadikan bahaya itu hilang, ataupun terus mendedahkan diri kepada situasi berbahaya.

Terapi pendedahan dilakukan dengan cara yang selamat dan terkawal. Ia boleh melibatkan langkah secara berperingkat dan bukannya terus menghadapi situasi yang paling sukar.

Ia berbeza dengan latihan dalam bidang seperti polis, tentera dan bomba yang kadang melibatkan situasi berbahaya. Pengalaman dan latihan itu boleh membuatkan mereka lebih biasa dan bersedia menghadapi situasi tersebut, tetapi bahaya itu sendiri masih wujud.


Selepas mendapat cukup pengalaman yang membantu, sesuatu yang dulu terasa mengancam boleh menjadi lebih biasa. Ia mungkin masih tidak selesa, tapi tak menakutkan seperti kali pertama.

Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama